AW

Arena Wati

9quotes

Quotes by Arena Wati

"
Kamu pelajarilah dunia dengan segala kandungannya melalui buku-bukumu, tapi jangan lupa belajar daripada hati nurani manusia. Ingat tu? Hati nurani manusia! Apa pun bangsa dan agamanya.
"
Dirimu, dan intelekmu, itulah hartamu, andai rumah itu musnah dan tanah itu dirampas.
"
Suatu pengembaraan dianggap gagal kalau kita tidak mendapat apa-apa yang kita cari. Tetapi itu tanggapan yang salah. Tidak ada pengembaraan yang sia-sia. Cuma kau tidak faham, bahawa sesuatu yang kaujumpa dalam perjalananmu. Ada kalanya lebih baik daripada apa yang kaucari.
"
Tentera - lelaki, tersungkur di medan perang. Perempuan, di negara yang ditakluk, direbahkan di tempat tidur.
"
Revolusi tidak perlukan demagog penyebar akal kusut. Revolusi perlukan akal sihat, peluruh, api dan darah.
"
Dendam, tak akan dapat dihapuskan melalui tindakan balas dendam. Keadilan yang dilanggar, tidak boleh diadili melalui cara tidak adil.
"
Manusia dibebani harapan, cita-cita dan tanggungjawab dalam kehidupan. Sejak jejaka hingga tua, mereka berperanan mencipta, mengatur dan membina benda, yang dinamakan peradaban lahiriah. Mereka diasuh dan mengasuh, dalam proses pertumbuhan tamadun fikir. Tetapi mereka itu juga - semua lahir dari ibu - sudah, sedang dan masih akan jadi pemusnah benda dan berbunuhan sesama manusia, membunuh fauna dan menghancurkan flora.
"
Apalah ertinya malu ditelanjangi, kalau sudah tidak ada rasa malu jadi tentera penjajah, untuk menjajah negara sendiri?
"
Triti London itu yang mengorbankan tanah air bangsa Melayu, tidak hanya terpisah dan berpecah bentuk isi dan makna Kemelayuan Besar, tapi menjadi keping-kepingan kecil, tapi Melayu berkeping-keping kecil itu dihisap, diperah, ditekan, untuk dilenyek oleh pendatang asing.